Wafel Sandwich Citarasa Tempatan

Last update: 17/08/2015

Oleh Zaphne Philip


KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kita mungkin pernah menikmati wafel coklat, mentega kacang, strawberi dan kaya. Bagaimana pula dengan wafel sandwich? Pasti anda tertanya-tanya bagaimana rasanya.


Pemilik Julicious Waffel Sandwich (WS) yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata, wafel sandwich ciptaan beliau adalah gabungan makanan barat dan tempatan.


"Kami mahukan kelainan dalam menu kami, sebelum menghasilkan WS ini macam-macam food experiment telah kami jalankan.

"Setelah beberapa kali gagal, akhirnya terciptalah WS yang disesuaikan dengan selera tempatan," kata beliau ketika ditemui oleh wartawan Bernama Lifestyle and Youth baru-baru ini.


Jelasnya, terdapat tiga variasi pilihan untuk peminat Julicious Waffel Sandwich yang terdiri daripada WS ayam, WS daging dan WS ikan.


"Paling mendapat sambutan adalah WS ayam dan keistimewaan WS ini adalah ayamnya yang diperapkan dengan resipi rahsia. Bagi yang ingin merasai sendiri keenakkan WS kami, ikuti instagram juliciousfoodtruck untuk informasi lokasi yang kami kunjungi," kata Nizam.


Selain bergerak mengikuti acara sekitar Kuala Lumpur, lokasi Juliciousfoodtruck adalah di Sunway Giza.


--BERNAMA