Khadijah's Kitchen Janjikan Kelainan

Last update: 31/03/2015

Oleh Zaphne Philip

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bagi pelancong asing yang ingin merasai keenakan dan keaslian makanan Malaysia, Khadijah's Kitchen yang terletak di PV128, Setapak, adalah pilihan yang tepat.

Pemiliknya, Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih senang dikenali sebagai Khaty Ibrahim berkata, selain menyajikan makanan tempatan Malaysia, pelancong atau pengunjung tempatan turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan.

"Justeru, Khadijah's Kitchen bekerjasama dengan Agensi Pelancongan untuk menyenaraikan restoran ini dalam pakej pelancongan agensi yang berkenaan.

"Saya pasti pengunjung akan berpuas hati, kerana kami menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan, iaitu dari sajian makan tengahari, minum petang dan makan malam," katanya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon veteran terkenal kepada Bernama Lifestyle and Youth.

Tambah beliau, Khadijah's Kitchen turut dijadikan tempat untuk menganjurkan Sidang Media, Konsert Mini, Pelancaran Produk, Persembahan Kebudayaan serta Majlis Perkahwinan Melayu Tradisional.

"Kesemua menu yang disediakan untuk majlis keraian tersebut adalah bergantung dengan permintaan pelanggan dan kami di Khadijah's Kitchen akan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi kepuasan pelanggan," ujarnya.

Bagi yang berminat untuk menganjurkan sebarang keraian boleh terus menghubungi Khadijah's Kitchen di talian 03 4144 1029, Facebook: khadijah's kitchen PV128 dan IG: khadijahskitchenpv128.

--BERNAMA