Pesta Lelongan Buku Big Bad Wolf Dilanjutkan

Last update: 19/12/2014

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pesta lelongan buku yang dijual dengan harga murah bertemakan 'Big Bad Wolf'kembali lagi buat kali kedua di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC) Mines, Seri Kembangan.

Pesta borong buku sempena cuti sekolah yang sepatutnya berakhir pada 16 Disember lalu, dilanjutkan sehingga Ahad ini dan dibuka 24 jam dengan diskaun sebanyak 75 - 95 peratus, tanpa bayaran masuk.

Pesta tersebut memaparkan lebih 3.5 juta buku pelbagai genre, termasuk biografi, sejarah, novel grafik, lukisan, automotif, masakan dan banyak lagi.

Ia dibuka setiap hari antara 7 pagi hingga 11.59 malam sejak 5 Dis, kata penganjurnya BookXcess di laman webnya.

-- BERNAMA