
Konsert Maestro Johari Salleh Meraikan Tokoh Muzik Tanah Air
Last update: 15/12/2014Oleh Afiqah Mat Rozi
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Konsert Khas Datuk Johari Salleh yang diberi nama âMaestro Johari Sallehâ merupakan penghargaan kepada beliau sebagai Tokoh Muzik Tanah Air.
Konsert usahasama strategik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah pimpinan Datuk Johari Salleh yang berlangsung pada Sabtu lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri mendapat sambutan di luar jangkaan, apabila auditorium dipenuhi oleh peminat-peminat seni muzik orkestra tanah air.
Konsert yang julung-julung kali diadakan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menghayati seni muzik orkestra yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, di samping mempamerkan dan memperdengarkan karya-karya gubahan orkestra Datuk Johari Salleh, khususnya dalam bentuk seni muzik klasik lagu-lagu tempatan.
Datuk Johari Salleh yang berasal dari Singapura merupakan seorang maestro muzik yang cukup terkenal di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang muzik dan telah banyak menabur bakti untuk membimbing pemuzik-pemuzik muda.
Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaan beliau, Datuk Johari berkata âKita jangan pernah sombong dan haruslah sentiasa merendah diri. Saya tidak sangka dan sangat terharu melihat respon hebat serta sorakan yang kuat dari penontonâ. Beliau berharap konsert ini akan mencetuskan semangat yang lebih besar kepada para pelajar yang mempunyai minat di dalam seni muzik.
Konsert khas ini juga turut dimeriahkan dengan artis undangan iaitu Alyah, Nassier Wahab dan Johana Johari, anak perempuan Datuk Johari sendiri dan antara lagu yang didendangkan adalah Berdebar Rasa Hati, Papaku, Duniaku, Gadis Kota, Kau Yang Terindah dan Hati Lebur Jadi Debu.
--BERNAMA
Tweet

