'dynamic Yunnan' Penutup Tirai Program Istana Budaya

Last update: 25/11/2014

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pementasan drama tarian "Dynamic Yunnan's Performing Tour to Malaysia" bulan depan dijangka dapat memperkukuh hubungan empat dekad Malaysia-China selain membolehkan penonton mendalami seni tarian serta budaya masyarakat wilayah tersebut.

Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata penonton akan disajikan dengan persembahan tarian, muzik, pencahayaan dan elemen lain yang memukau.

"Dynamic Yunnan merupakan program penutup Istana Budaya bagi tahun ini. Kami menjemput orang ramai datang menyaksikan pementasan yang mengetengahkan seni tarian yang agak asing bagi kita," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Dynamic Yunnan akan dipersembahkan selama empat malam mulai 26 Dis.

-- BERNAMA