M'sia Vendor Festival Buka Platform Industri Produk dan Perkhidmatan

Last update: 23/10/2014

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Bermula 24, 25 dan 26 Oktober 2014 bertempat di Perdana Hall, PICC Putrajaya akan berlangsungnya Malaysian Vendor Festival (MVF) 2014.

Malaysia Vendor Festival yang julung kalinya diadakan adalah bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah.

Festival ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada vendor, pempamer serta usahawan yang terlibat di dalam industri Produk dan Perkhidmatan untuk rakyat Malaysia khususnya bagi mempromosikan hasil produk dan perkhidmatan mereka.

Selain itu, MVF turut menjadi medan beramal sambil berhibur dengan pelbagai aktiviti dengan pengisian menarik yang telah diaturkan oleh pihak penganjur.

Sumbangan amal akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan dan Bencana di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Festival selama tiga hari ini yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam akan turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan, selebriti tempatan dan panel jemputan.

Kemasukan adalah percuma.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak Legasi Tufah Event Management melalui email malaysianvf@gmail.com atau talian terus ke 017-3849484 / 012-4802417.

-- BERNAMA