Proton Anjur Pertandingan Reka Kereta Untuk Belia Malaysia

Last update: 24/06/2014

SUBANG JAYA, 24 Jun (Bernama) -- Rakyat Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun dipelawa menyertai Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014 bertemakan
'Proton City Car 2020' yang berlangsung mulai hari ini sehingga 4 Ogos.



"Kami percaya terdapat ramai anak muda Malaysia yang berbakat, jadi kami menyediakan saluran untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka dalam reka bentuk kereta, dan berharap untuk menggalakkan mereka yang bercita-cita menjadi pereka kereta masa depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (Proton) Datuk Abdul Harith Abdullah dalam satu kenyataan Selasa.



Hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai, komputer riba Macbook yang dilengkapi perisian reka bentuk serta menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan & Pembangunan Rekabentuk Kreatif Proton.



Peserta dalam dua kategori umur (13-17 dan 18-25 tahun) boleh mengemukakan sehingga tiga penyertaan yang terdiri daripada saiz A3 lakaran kereta termasuk 3/4 bahagian depan, sisi dan pemandangan belakang, melalui pos atau secara dalam talian ke citycar2020.proton.com.



-- BERNAMA