Serina Redzuawan Dan World Venture Promosi Program Keahlian Buka Peluang Melancong

Last update: 12/05/2014

MELAKA -- Ingin melancong pada harga yang murah tetapi tidak tahu bagaimanacaranya? Mudah sahaja hanya dengan menjadi ahli kepada World Venture anda dapat memilih Negara impian untuk dilawati.

Duta kepada World Venture, Serina Redzuawan telah hadir di kediaman rasmi Adun Ayer Limau iaitu Datuk Amiruddin Yusof bagi menerangkan bagaimanacara ingin melancong ke seluruh dunia dengan harga yang terendah.

Menurut Serina, program seumpama ini bertujuan memberi penerangan untuk masyarakat khususnya di kampung untuk merasai peluang melancong keluar negara.

"Mudah sahaja untuk menjadi ahli kepada World Venture, kita perlu membayar sebanyak RM1000 dan ia merupakan yuran seumur hidup.

"Daripada yuran itu, ahli sudah memperolehi percutian ke mana jua destinasi sehingga ke Greece secara percuma," tambah Serina lagi di perjumpaan yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Serina turut menceritakan pengalamannnya berulang alik ke London sehingga membelanjakan wang berjumlah RM30,000.

"Kini saya hanya membelanjakan RM15,000 sahaja ke destinasi yang sama," jelasnya lagi.

World Venture kini mempunyai lebih 20,000 ahli di seluruh Malaysia dan harga yang ditawarkan untuk pakej pelancongan jauh lebih rendah berbanding agensi pelancongan yang lain.

Salah seorang ahli World Venture, Redzuan Abu Samah turut menyarankan agar golongan muda yang ingin melancong menjadi ahli.

"Ini merupakan satu peluang kepada golongan muda untuk merasai peluang melancong keluar negara pada harga yang lebih rendah seperti negara Zimbabwe, Paris, Korea dan Europe," tambahnya .

-- BERNAMA