Bintang Filem Legenda Aziz Sattar Meninggal Dunia

Last update: 06/05/2014

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bintang filem legenda Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung.

Pelakon protagonis dan pelawak dalam filem Bujang Lapuk itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah.

Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapuk pada tahun 1950-an.

Jenazahnya dibawa dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas Zuhur Selasa.

-- BERNAMA