Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Last update: 31/03/2014

KUALA LUMPUR -- Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Maklumat lanjut sebagai peserta atau syarikat untuk menyertai program SL1M, sila klik pautan di bawah:

TERMA DAN SYARAT SL1M

1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia

2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas

3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia

4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan

5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima

6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia


CARA-CARA MENDAFTAR

1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan

2. Isikan maklumat lengkap beserta dokumen yang diperlukan

Keterangan Lanjut: http://www.epu.gov.my/sl1m


-- BERNAMA