
Senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka
Last update: 07/08/2020KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:
- Masjid, surau dan rumah ibadat
- Majlis sosial
- Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
- Hospital dan klinik
- Pasar awam dan pasar tani
- Pawagam
- Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
- Restoran
- Bengkel
- Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
- Pusat hiburan keluarga
- Mana-mana tempat awam yang sesak.
Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.
-- BERNAMA
Tweet

