Permohonan Ke UA, IPG, politeknik, matrikulasi, ILKA dibuka Isnin ini

Last update: 21/02/2020

KUALA LUMPUR, 21 Feb -- Permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi , Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka Isnin ini.

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan permohonan melalui sistem dalam talian itu dibuka menerusi laman sesawang http://upu.moe.gov.my mulai jam 12 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, sebelum mengemukakan permohonan, pemohon wajib membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Feb.

“Pembelian Nombor Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 30 Mac bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala 6 April bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf,” menurut kementerian itu.

Pemohon lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM boleh membuat pemilihan program pengajian selepas lima hari keputusan SPM/STPM diumumkan.   

Sistem UPUOnline akan ditutup pada 31 Mac, jam 11.59 malam bagi lepasan SPM dan 7 April, jam 11.59 malam bagi lepasan STPM/ setaraf.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM di talian 03-88708200 atau e-mel di  upu@moe.gov.my atau laman sosial Facebook ‘KEMASUKANBPKPJPT[‘, Twitter ‘@TWT_UPU’ dan Instagram ‘@KEMASUKANBPKP’.

-- BERNAMA