Meeracle Hadiahkan Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan

Last update: 04/04/2019

Oleh Farah Fatini Sulaiman

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) – Jenama kosmetik dan penjagaan kulit, Meeracle menghadiahkan kereta mewah Mercedes-Benz kepada wakil yang mencapai jualan tertinggi sepanjang kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’ pada tahun lalu.

Pengasas Meeracle, Meera Nordin menyerahkan kunci kereta mewah tersebut kepada keempat-empat wakil jualan yang berjaya pada 28 Mac lalu di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak di sini.

“Kempen ini akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang, dengan tujuan untuk memberi semangat kepada wakil jualan dalam bersama-sama mencapai misi syarikat,” kata Ketua Eksekutif Pemasaran Meeracle, Fitrah Ahmad dalam kenyataan.

Meeracle berkata syarikatnya akan membantu lebih ramai wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf hidup mereka, sejajar dengan misi Meeracle untuk memperkasakan wanita bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia lain.

-- BERNAMA