Mafidz Bakal Adakan 'Ada Angin & Hati' Musical Showcase

Last update: 15/03/2019

Oleh Nur Hazirah Samsudar

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) – Mafidz, kumpulan baharu bergenre ‘Folk-Pop’ serta gabungan muzik-muzik Nusantara akan mengadakan showcase solo pertama mereka pada hujung bulan ini.

Bertempatkan di Angkasa Space, Cheras, Mafidz akan mengadakan persembahan muzikal sekaligus pelancaran album secara rasmi dan orang ramai boleh menghubungi talian 011-2345-4169 untuk mendapatkan tiket, katanya dalam kenyataan.

‘Ada Angin & Hati,’judul album sulung di bawah naungan mereka sendiri, Impact Diversified Consultancy, diterbitkan September lalu dan mendapat sambutan positif dari pendengar serta pengkritik muzik luar dan tanah air.

Mafidz yang diketuai oleh tiga beradik Megat Hafidz, Megat Fazly dan Megat Aizzat juga telah membuat persembahan antarabangsa mereka yang pertama di acara ‘International Indie Music Festival’ di Jakarta, Indonesia pada Oktober lepas.

Untuk mengetahui perkembangan terkini dan mengenali Mafidz dengan lebih lanjut, boleh terus layari laman sosial mereka di Instagram (@mafidzofficial) dan Twitter (@mafidzofficial).

-- BERNAMA