208 atlet nikmati kenaikan elaun di bawah skim baharu

Last update: 13/03/2019

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Seramai 208 atlet bakal menikmati kenaikan kadar elaun berdasarkan penyelarasan semula Skim Elaun Latihan di bawah program latihan atlet kebangsaan yang baharu.

Di bawah skim elaun latihan itu juga, seramai 242 atlet akan menerima kadar elaun yang sama, 188 atlet akan menerima kadar elaun asas atlet dan tujuh atlet akan menghadapi penurunan kadar elaun atas sebab pertukaran status atlet dari sepenuh masa kepada separuh masa dan diberi peluang kedua untuk meningkatkan prestasi.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata skim Elaun Latihan yang baharu ini bertujuan untuk memastikan atlet sentiasa berada pada tahap pretasi yang terbaik dengan penilaian akan dibuat setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Penilaian.

“Kementerian Belia dan Sukan berpandangan bahawa kebajikan atlet menjadi keutamaan di dalam agenda pihak kementerian untuk memastikan kecemerlangan sukan negara dapat diteruskan.

“Sehubungan itu, pihak kementerian telah membuat keputusan untuk menambahbaik Skim Elaun Latihan atlet sedia ada dengan mengambil kira elaun latihan yang telah diterima oleh atlet di bawah Program Podium terdahulu,” katanya.....