
Keunikan gaya hidup orang laut di Semporna
Last update: 10/02/2019Oleh Jailani Hasan
SEMPORNA, 10 Feb (Bernama) -- Keistimewaan Semporna tidak hanya terletak pada pulau-pulau yang terkenal di dunia tetapi tetapi juga keunikan yang terdapat pada cara kehidupan masyarakat Bajau Laut yang dikategorikan sebagai manusia ‘nomad laut’, ‘gipsi laut’ dan komuniti yang hidup dengan perahu yang masih lagi mengamalkan cara hidup berpindah-randah.
Kebanyakan komuniti ini tinggal di di daerah Semporna seperti pulau Mabul, Boheydulang, Sibuan, Maiga, Mantabuan, Selakan, Tatagan dan Omadal.
Pulau Boheydulang, Selakan, Sibuan dan Mantabuan adalah sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran juga dikenali sebagai Taman Kepulauan Semporna, yang diwartakan pada tahun 2004 sebagai taman ketujuh Sabah.
Pada 4 Feb lepas penulis telah diberi peluang menyertai sekumpulan pelancong dari China bagi menyambut Tahun Baharu Cina di pulau Mabul.
Penulis tertarik pada gaya kehidupan orang laut ini. Selain bahasa ibunda, kebanyakan daripada mereka, mungkin bukan semua, boleh bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan kefasihan yang sederhana.....
Tweet