REHDA P.Pinang buka peluang miliki rumah pada harga diskaun

Last update: 07/02/2019

GEORGE TOWN, 7 Feb (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Pulau Pinang mengadakan promosi dari hari ini hingga Ahad, di sebuah pusat membeli-belah di Lebuh Tunku Kudin dekat sini, untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Toh Chin Leong berkata promosi itu adalah sebahagian daripada usaha di bawah Kempen Pemilikan Rumah peringkat kebangsaan yang akan berlangsung sehingga 30 Jun ini.

“Semasa promosi ini diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus akan diberikan kepada unit rumah yang berharga antara RM100,000 dan RM1 juta,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata lapan syarikat pemaju perumahan mengambil bahagian dalam promosi itu yang akan turut memberi insentif lain termasuk pengecualian duti stem.

“Rakyat Pulau Pinang diharap tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki rumah melalui promosi yang kami sediakan ini,” katanya.....