Naza lancar Picanto GT-Line baharu

Last update: 07/02/2019

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, hari ini melancarkan varian baharu kereta kompak GT-Line terlaris mereka, Picanto, bagi pasaran Malaysia.  

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings (kumpulan automotif), Datuk Samson Anand George berkata syarikat itu memutuskan untuk memperkenalkan varian sporty kereta tersebut susulan kejayaan pelancaran model Kia Picanto 1.2 EX tahun lepas.

Picanto GT-Line menampilkan ciri-ciri baharu termasuk warna baharu, gril signatur Kia “tiger nose”, dwi paip eksos, roda aloi 16 inci, lampu LED siang hari dan lampu kabus, antena sirip dan akses tanpa kunci, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kereta itu juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pembinaan kerangka keluli canggih yang kukuh dan enam beg udara – dua di hadapan, sisi dan beg udara langsir.

Model itu juga termasuk ciri-ciri keselamatan seperti pengurusan kestabilan kenderaan dengan kawalan kestabilan elektronik bagi memastikan keselamatan semasa membrek dan mengambil selekoh, brek kecemasan dan kawalan bantuan permulaan mendaki yang menghalang kereta daripada mengundur semasa berada di cerun ketika brek dilepaskan.

Picanto GT-Line yang didatangkan dengan warna Perak Titanium, Putih dan Hitam Aurora berharga daripada RM57,888 (atas jalan raya tanpa insurans), termasuk jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had.....