Bapa penyanyi Aizat meninggal dunia

Last update: 09/01/2019

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bapa kepada penyanyi dan komposer Aizat, Datuk Amdan Mat Din, meninggal dunia awal pagi tadi.

Pelantun suara bagi lagu Sampai Ke Hari Tua itu menyampaikan khabar sedih tersebut menerusi 'Insta Story' di laman Instagramnya @aizatamdan kira-kira 6 pagi ini.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan ayah saya, Dato Hj Amdan bin Mat Din telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.10 pagi 9 Jan 2019 bersamaan 3 Jamadil Awal 1440," tulisnya.

Pada 2017, Allahyarham diserang penyakit angin ahmar dan dilaporkan lumpuh di bahagian kanan tubuhnya.

-- BERNAMA