Penantian lima tahun penduduk Islam Kampung Kabai, Kemboja miliki masjid berakhir

Last update: 01/11/2018

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kira-kira 200 keluarga penduduk Islam di Kampung Kabai, Kemboja melahirkan kesyukuran dan rasa gembira apabila impian untuk memiliki masjid sendiri tercapai.

Mempunyai keunikan seni bina yang tersendiri, Masjid Al Monsoriah boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah lelaki dan 200 jemaah wanita dalam satu masa dengan kos pembinaan kira-kira RM418,325 hasil sumbangan ??seorang dermawan dari Malaysia.

Pengerusi dan Ketua badan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam kenyataan hari ini berkata pembinaan masjid di atas tanah seluas 1.3 hektar itu bermula pada Januari lalu dan siap sepenuhnya hujung bulan lepas, lebih awal daripada jangkaan. 

"Masjid ini mempunyai keunikan tersendiri kerana kos pembinaannya agak murah dan warnanya diilhamkan oleh Masjid Sultan Muhamad ke-5 di Labuan.

"Ruang solat wanita di bahagian atas mempunyai kemudahan tangga khas selain kemudahan padang bola sepak bersebelahan masjid dan kedai menjual makanan dan minuman yang dapat menjana pendapatan penduduk untuk menjalankan aktiviti masjid," katanya.

Masjid berkenaan secara rasminya diserahkan oleh Mustapha kepada Ketua Kampung Kabai, Ayub, ketika mengadakan lawatan dan meninjau keadaan masjid yang baru siap dibina itu.....