Jampi Hael Husaini Menjadi, Bolot Trofi Juarai AJL32

Last update: 12/02/2018

KUALA LUMPUR 11 Feb (Bernama) -- Lagu Jampi ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang dinyanyikan sendiri Hael Husaini berjaya membolot trofi berprestij, Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Lagu yang berjaya memukau juri dan penonton tersebut membawa pulang trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000 dan wang tunai RM50,000.

AJL32 turut menyaksikan lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan yang didendangkan Azmi Caliph Buskers meraih tempat kedua dan sekali gus menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi dan baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000.....