TV AlHijrah Komited Siar Rancangan Dakwah

Last update: 09/02/2018

Oleh Nazirah Ripin

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pelbagai program menarik disajikan TV AlHijrah bagi memenuhi permintaan penonton setianya yang mahukan rancangan inklusif sepanjang bulan ini.

Antara rancangan istimewa yang disediakan termasuklah Dakwah Live dan Mai Ngaji.

Dalam kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Datuk Izelan Basar berkata, pemilihan siaran berkenaan bertujuan memenuhi permintaan pelbagai lapisan masyarakat yang mahukan program meliputi semua genre.....