Harith Iskander Terima Anugerah Daripada Duta Finland

Last update: 06/12/2017

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pelawak popular Harith Iskander yang meraih gelaran 'Funniest Person in the World' anjuran Laugh Factory di Finland Disember tahun lalu, hari ini menerima anugerah itu daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka.

Anugerah itu disampaikan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan Finland ke-100 di salah sebuah hotel di ibu negara, malam ini.

Harith, yang hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lawak solo, berkata anugerah itu merupakan satu penghormatan buat dirinya dan menjadi pemangkin untuk terus terlibat dalam industri hiburan.....