'Bukan Gila' Dipentaskan Lagi Mulai Esok

Last update: 12/10/2017

TAIPING, 12 Okt (Bernama) -- Teater 'Bukan Gila' akan dipentaskan lagi di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di Ipoh mulai esok hingga 15 Okt ini.

Ia dipentaskan mulai pukul 8.30 malam dengan membariskan pelakon antara lain Khatijah Tan dan Che Mat Raja Lawak.

Penerbitnya Mohd Yusop Othman berkata pementasan arahan Azhar Omar itu pernah dipentaskan bulan lalu dan ia dipentaskan semula setelah mendapat permintaan baik daripada peminat teater.

Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubunginya di talian 013-4040088/019-4273256.

Teater karya Sharif Shaary itu mengetengahkan kisah seorang pemuda bernama Azmir yang dianggap gila kerana kelakuannya yang dilihat sering menghantuk kepalanya ke lantai dan dinding.

Tetapi adakah dia benar-benar gila.

-- BERNAMA