Mat Dan, Dari Program Travelog Ke Dunia Lakonan

Last update: 11/10/2017

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pengacara televisyen Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 27, kini berjinak-jinak dengan dunia lakonan bermula dengan satu filem pendek yang kini dalam penggambaran.

Anak kelahiran Bristol, England yang nama asalnya Daniel Tyler sebelum memeluk agama Islam berkata penggambaran filem tersebut baru bermula minggu lepas.

"Saya baru terlibat dalam lakonan sebuah filem pendek sebab saya hendak ceburkan diri dalam bidang lakonan pula," katanya kepada Bernama, di sini.....