UTHM Komited Lahir Lebih Ramai Graduan TVET

Last update: 12/09/2017

BATU PAHAT, 12 Sept (Bernama) -- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) komited membantu kerajaan negeri melahirkan lebih ramai graduan bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET), kata Naib Canselornya Prof Dr Wahid Razzaly.

Beliau berkata ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi dan UTHM adalah universiti perintis dalam bidang TVET di negara ini serta memiliki ramai pakar dari dalam dan luar negara.

"Tahun ini sahaja universiti melahirkan 4,300 pelajar TVET yang sebahagian besar dalam sektor profesional dan teknologi yang akan memenuhi pasaran kerja berkemahiran.....