De'Gouffron TTDI Tampil Elemen Mewah

Last update: 14/07/2017

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- De'Gouffron yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini kini membuka ruang acaranya kepada penganjur luar untuk mengelolakan sebarang aktiviti pelancaran khas, termasuk majlis perkahwinan dan makan malam korporat.

Dibuka sejak 2015, De´Gouffron, milik penuh Gouffron Sdn Bhd, sehingga kini telah menganjurkan pelbagai acara yang melibatkan golongan korporat dan selebriti, katanya dalam kenyataan.

De'Gouffron Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Nubex Sdn Bhd, diasaskan oleh Mohd Faizal Mohd Nor, graduan universiti dari Western Michigan, Amerika Syarikat dan pernah mengetuai jabatan di beberapa organisasi termasuk sebagai Naib Presiden di bank Al-Rajhi.

Mohd Faizal merupakan Pengarah Urusan Gouffron dan Presiden Nubex.

De´Gouffron yang berkeluasan 8,180 kaki persegi dilengkapi dengan pentas rekaan terkini, sistem audio visual dengan teknologi semasa, dekorasi mewah dan menarik, perkhidmatan penyediaan makanan, pengangkutan termasuk penyelarasan kenderaan untuk pergerakan pergi-balik ke dewan acara.

LOKASI STRATEGIK

Lokasi De´Gouffron yang terletak strategik di lingkungan lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IKEA Damansara dan Mutiara Damansara, boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu untuk set buffet bebas dan 600 tetamu untuk set makan formal dalam perhiasan dewan berhawa dingin dengan kemasan hamparan rumput hijau mewah.

De´Gouffron menawarkan harga pakej serendah RM29.90 seorang untuk pakej perkahwinan lengkap termasuk penyediaan makanan, pelamin, hiasan dan pramusaji manakala untuk acara lain, harga tertakluk kepada keperluan.

"De´Gouffron adalah hentian setempat untuk penganjuran acara berskala besar, di dalam dewan tertutup berhawa dingin yang serba mewah sebagai alternatif kepada yang inginkan kelainan, contohnya konsep acara dalam taman.

Pengalaman pasukan De´Gouffron dalam mengendalikan pelbagai acara pasti membantu para penganjur dalam memastikan perjalanan acara lebih lancar," ujar Mohd Faizal.

Untuk maklumat lanjut berkenaan De´Gouffron, layari www.gouffron.com Ikuti laman sosial De´Gouffron menerusi laman Facebook dan Instagram @de.gouffron untuk acara dan promosi terkini.

-- BERNAMA