Mawi Bersyukur Pelajari Ilmu Tidak Formal Di Felda Taib Andak

Last update: 13/07/2017

Oleh Anis Amira Zamani

BANGI, 13 Julai (Bernama) -- Asmawi Ani atau lebih popular dikenali sebagai Mawi, yang mencipta fenomena seni tanah air, bersyukur dengan ilmu tidak formal yang dipelajarinya sejak kecil di Felda Taib Andak, Kulai, Johor sehingga membolehkannya mengecapi kejayaan hari ini.

Anak muda yang menjuarai program realiti televisyen Akademi Fantasi 3 berdasarkan undian orang ramai pada 2005, berkata bimbingan dan tunjuk ajar arwah bapanya, Ani Ahmad, serta pengalaman yang diperoleh semasa menyertai Majlis Belia Felda Malaysia banyak mengajarnya untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

"Arwah bapa saya, Ani Ahmad, selalu berpesan kepada saya, bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup," kata Mawi, 35 yang cukup sinonim dengan slogan ?World? sewaktu menyertai pertandingan berkenaan.....