Keluarga Penyanyi Saleem Minta Jangan Tular Gambarnya Di Hospital

Last update: 05/07/2017

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Keluarga penyanyi kumpulan Iklim A. M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang ramai, termasuk rakan artis dan media, tidak menyebarkan gambar penyanyi itu yang sedang menerima rawatan di hospital akibat demam panas.

Anak tiri Saleem, yang hanya mahu dikenali sebagai Iera Fakira berkata penularan gambar bapa tirinya itu di media sosial telah menyebabkan keluarga merasa sedih.

"Memang betul ayah saya dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat demam panas yang berterusan tetapi saya minta tolong jangan sebarkan gambar ayah saya dalam keadaan yang sebegitu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kesihatan ayah saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.....