Berterawih Rutin Ramadan Saudara Baru Walaupun Berseorangan

Last update: 17/06/2017

Oleh Murni Nasri

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Jiwa yang kosong menyebabkan Juriana Tek Abdullah tercari-cari arah dan panduan untuknya meneruskan kehidupan.

Anak jati kelahiran Kuala Langat, Selangor ini dilahirkan dalam suku kaum Orang Asli Mah Meri dan menghabiskan zaman persekolahan rendah di perkampungan kecil Orang Asli Sungai Belankan.

"Perkataan 'agama' adalah sesuatu yang asing pada saya sebelum ini. Bermula daripada itu saya mula mencari-cari agama anutan dan kebenaran dalam beragama" kata Juriana melalui emelnya kepada Bernama.....