Minat Yang Bertukar Menjadi Perniagaan Eksklusif

Oleh Zaphne Philip

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bermula daripada hobi yang sama dengan mengumpul mod atasan (vape atau sejenis alat elektronik yang berfungsi seakan rokok elektronik), akhirnya dua orang pemuda Mohamed Zulhairin Osman, 36 dan Musa Samsudin, 32 kini menjadikan hobi mereka sebagai satu perniagaan eksklusif.

Berkenalan melalui kumpulan Vaper Ampang di Facebook pada tahun 2011, topik utama ketika berjumpa tidak sah kalau bukan mengenai mod koleksi masing-masing.

Pernah terputus hubungan seketika kemudian bertemu kembali pada tahun 2015, ketika itu Mohamed Zulhairin Osman atau lebih dikenali sebagai Ayie telah mula berhasrat untuk mengajak Musa Samsudin atau Cogy untuk bersama-samanya membuat mod sendiri.....