Nad Zainal Lebih Yakin Bersama Audela

Last update: 14/02/2017

Oleh Muhammad Zaini Mohd Zin

KUALA LUMPUR, Feb 14 (Bernama) -- Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Nad Zainal mengorak langkah di dalam bidang perniagaan dengan menampilkan keluaran produk kecantikan jenamanya sendiri, Audela.

Audela telah dilancarkan pada 1 Mac, 2016 di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur dan bermula dengan hanya 12 orang stokis ia kini berkembang kepada 44 buah stokis di seluruh Malaysia termasuk luar negara iaitu Singapura dan Brunei.

Menurut Nad Zainal, ramai orang di sekelilingnya terpaksa berhabis ribuan ringgit hanya untuk tampak kurus dan cantik dengan menggunakan jalan yang singkat dan berbahaya.

Perkara ini membuka mata Nad Zainal sendiri untuk memulakan sesuatu dan setelah melalui pelbagai peringkat eksperimen, akhirnya Nad setuju untuk mengeluarkan produk Audela di bawah jenama beliau sendiri.

"Saya mempunyai masalah kulit yang agak serius dan masalah penghadaman sebelum ini dan Alhamdulillah setelah menggunakan Audela, orang di sekeliling mula perasan akan perubahan ini dan saya pasti Audela mampu memberikan pulangan yang bagus kepada pembeli," jelas Nad Zainal yang pernah meraih Anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada tahun 2014.

Lima Fungsi Dalam Satu Botol

Audela mempunyai empat bahan utama yang unik iaitu 'stem-cell argan', tomato, anggur dan epal. Kesemua bahan utama ini membuatkan produk Audela istimewa berbanding produk lain yang sedia terdapat di pasaran.

"Audela memfokuskan kepada menyahtoksin dalam badan dan selepas segala masalah pencernaan selesai, proses penyerapan nutrien lebih senang dilakukan dan ini membolehkan kulit kelihatan lebih cantik dan berseri," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Audela, Rina Yusnita Ibrahim.

Menurut Rina lagi, kebanyakan testimoni mengatakan dengan hanya mengambil satu botol Audela para pelanggan sudah dapat merasakan dan melihat hasil perubahan yang berlaku.

Menurut Rina, Audela merupakan satu-satunya produk di Malaysia yang menggabungkan lima fungsi dalam satu botol iaitu fungsi nyah-toksin, mencerahkan, melangsingkan, anti-penuaan dan untuk kecergasan.

"Perbezaan dan keistimewaan Audela berbanding produk lain ialah kami menawarkan lima kebaikan di dalam hanya satu botol tanpa perlu risau untuk mengambil pelbagai produk kecantikan. Ini memudahkan bagi wanita-wanita di luar sana yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat," jelas Rina.

Audela boleh didapati di dalam bentuk sacet yang memudahkan pengambilan harian serta membantu golongan profesional atau individu bekerjaya yang mempunyai masa terhad untuk turut sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.audelabeauty.com.

-- BERNAMA