PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Penjawat awam perlu mempraktikkan sikap berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan medium siber bagi mengelakkan ketirisan maklumat hingga dimanipulasi pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini dalam usaha memberi pendedahan mengenai Undang-Undang Persaingan kepada umum.

SERDANG, 27 Nov (Bernama) -- Kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah (B40), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menjemput anda ke Pavilion TEKUN di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, di sini.

NILAI, 25 Nov (Bernama) -- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat institusi pendidikan di Indonesia, Thailand dan Filipina yang antara lain  untuk mengukuhkan lagi kerjasama antarabangsa dengan universiti dan institusi pendidikan berkenaan.

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sesuatu yang manis itu bukan semestinya baik untuk kesihatan dan kebenaran kata-kata ini tentunya lebih dirasai penghidap diabetes atau penyakit kencing manis.  Penulis sememangnya tidak tahu tentang penyakit ini semasa kecil berbanding sekarang.

Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan memperkenalkan lebih 50 variasi beras tempatan dan juga beras dari negara-negara serantau pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro (MAHA) 2018 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pusat Pakar UM (UMSC) hari ini mengadakan lawatan rasmi ke Bernama  bertujuan merapatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.