Oleh Kharizal Mat Khalid

KUALA LUMPUR, 10 Dis ( Bernama) – Tangisan memilukan tatkala penyanyi muda Izzmad Harun, 23, mengalunkan single beliau ke-11 ‘Bisa Pertama’ menggambarkan dirinya yang berbangga dengan pencapaian yang diraih setelah berdepan dengan pelbagai tohmahan golongan yang hendak menjatuhkan namanya.

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) – Perpaduan kaum adalah keistimewaan dan keindahan Malaysia yang dikagumi masyarakat luar.

Hakikat ini terserlah dalam kisah yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Ia mengenai seorang wanita warga emas yang sarat menjinjing beg plastik besar di kedua-dua tangannya berjalan dengan langkah yang perlahan di tepi Jalan Tun Razak berhampiran sebuah stesen minyak. 

Oleh Mohd Fakri Awang Lah Dan Rohaiza Ab Rahman

KOTA BHARU (Bernama) -- Deruan ombak Laut China Selatan setiap kali menjelang musim tengkujuh sentiasa menjadi igauan ngeri kepada kira-kira 500 penduduk yang tinggal di pesisir pantai Mek Mas termasuk Pulau Kundur yang terletak sekitar 12 kilometer dari bandar ini.

Apa lagi bagi sebahagian daripada mereka pernah berdepan detik cemas beberapa tahun lepas melihat sendiri kediaman musnah akibat pukulan ombak tanpa mampu berbuat apa-apa. 

Walaupun menyedari keadaan sama mungkin berulang, mereka tiada pilihan lain melainkan terus menetap di kediaman sama yang menjadi tempat tinggal mereka sejak turun temurun.

Oleh Nazirah Ripin

TEMERLOH, 4 Dis ( Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) hari ini menyumbang dua unit kaki palsu kepada Elly, anak gajah berumur dua tahun yang cacat, sekali gus memberi nafas baharu kepada gajah berkenaan untuk meneruskan hidup.

Daripada Adnan Jahaya

LODZ (Poland), 3 Dis (Bernama) -- Nur Syamimi Mohamad Suhaimi mungkin sama seperti ribuan pelajar Malaysia yang merantau mencari ilmu namun beliau tetap memiliki kekuatan tersendiri di Poland.

Oleh Jenny Imanina Lanong Abdullah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Meringankan beban rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Walaupun keadaan ekonomi global tidak menentu, kerajaan mengambil beberapa pendekatan penting yang membuktikan ia sentiasa peka dan cakna masalah yang membelenggui rakyat.

Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini menggariskan beberapa langkah efektif dan komprehensif termasuk memberi subsidi bersasar, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan peningkatan subsidi elektrik untuk membantu rakyat khususnya golongan B40.

Oleh Murni Nasri

KUALA LUMPUR, (Bernama) – Pada bulan September yang lalu, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berat berlebihan dan obesiti melalui tinjauan tahunan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan.