Oleh Suriani Razali

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan bagi seseorang.

Begitu jugalah ceritanya dengan guru Bahasa Inggeris dan pensyarah sambilan Brian Cheong Chi Hou, 29, yang berasal dari Puchong, Selangor ini. Beliau setakat ini dapat menguasai lebih dari 10 bahasa asing.

Bagi beliau dengan menguasai beberapa bahasa asing ini peluang untuk mendapatkan pekerjaan akan lebih mudah.

"Pengambilan pekerja zaman ini sangat berbeza berbanding dahulu kerana kini majikan tidak hanya memberi tumpuan terhadap kelayakan anda tetapi tumpuan diberi terhadap sesuatu kemahiran yang anda miliki," ujar Brian.

Ini adalah kerana majikan lebih memerlukan pekerja yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam pelbagai bahasa lebih-lebih lagi Bahasa Inggeris dan Mandarin, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dilaporkan di Sabah setakat semalam meningkat sebanyak enam kes kepada 2,611 kes daripada 2,605 kes dicatatkan pada 27 Julai lepas, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Bekas personaliti TV Datuk Mahadzir Lokman, 61, disahkan meninggal dunia di sebuah hotel dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Oleh Farah Nadhira Zairi KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Stesen radio ERA mengadakan majlis kesyukuran bersempena meraikan ulang tahun ke-20 di Rumah Titian Kaseh baru-baru ini.
Oleh Farah Nadhira Zairi KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelbagai jenis persembahan kebudayaan masyarakat Bugis serta aktiviti kekeluargaan diadakan dalam Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang di Kompleks Sukan Pandamaran Pelabuhan Klang baru-baru ini.
Oleh Farah Nadhira Zairi KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pelakon yang terkenal dengan drama di slot akasia TV3 "Jangan Benci Cintaku," Zahirah Macwilson dilantik menjadi duta jenama Meeracle.
PUTRAJAYA, 26 Julai (Bernama) -- Kandungan industri kreatif seperti filem, drama dan animasi mampu menjadi eksport yang menguntungkan negara jika produk yang dihasilkan berkualiti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.