PONTIAN, 6 Okt -- Penutupan Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town, di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, awal tahun depan dilihat memberi sedikit kesan kepada Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2020, namun, negeri ini masih mempunyai pelbagai destinasi serta produk pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pelancong.

KUALA LUMPUR, 3 Okt -- Selepas mencatat kutipan panggung sebanyak RM26 juta dan memenangi Filem Cetera Terbaik Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (ANIMAZE) di Montreal, Kanada, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terus dijulang dengan pelancaran buku konsep seni dan visual filem animasi pertama di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Konsert Karya Agung Pak Ngah atau nama sebenarnya Allahyarham Datuk Suhaimi Md Zain akan diadakan selama dua hari mulai 14 Nov di Istana Budaya di sini.

SHAH ALAM, 2 Okt -- Seramai lapan peserta akan berentap di peringkat akhir Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019 bagi bidang mengecat kereta yang akan berlangsung di Tiong Nam Motor (Body and Paint) Sdn Bhd, Klang dekat sini pada 11 hingga 13 Okt.

SEREMBAN, 2 Okt -- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Mohamad Taufek Abd Ghani mengetuai misi kemanusiaan ke Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia selama empat hari bermula hari ini.

Kadar upah asas bagi pekerja dalam perkhidmatan awam didapati lebih tinggi berbanding sektor swasta bagi tempoh September 2016 hingga Disember 2018, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

PETALING JAYA, 2 Okt -- Pelakon Zarina Zainuddin dijatuhi hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas enam pertuduhan memiliki dan menjual barangan kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), awal tahun ini.