MANILA, 3 Dis -- Persembahan cemerlang ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi di Rizal Memorial Coliseum, di sini, mewarnai hari gemilang kontinjen Malaysia yang berjaya menambah tujuh lagi pingat emas pada hari ketiga Sukan SEA ke-30 di Filipina, hari ini.

MANILA, 3 Dis -- Sorakan penyokong tuan rumah yang bergema di Manila Polo Club sedikit pun tidak menjejaskan rentak cemerlang pemain negara Muhammad Addeen Idrakie Bakhtiar, untuk menggenggam pingat emas acara skuasy perseorangan lelaki Sukan SEA ke-30 hari ini.

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Sebanyak lima Universiti Awam (UA) telah menubuhkan Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Dasar Inklusif OKU yang dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada awal September lepas.

ALOR GAJAH, 2 Dis  -- Pencapaian akademik mantap dan keberanian seorang pemuda menyelamatkan ayah yang lumpuh dalam kejadian kebakaran di rumah mereka pada Ogos lepas melayakkannya dipilih untuk Anugerah Khas Tuah pada majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Teknikal Malaysia (UTeM).

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul universiti awam (UA) pertama menyahut seruan kerajaan dengan membuka bidaan penjualan nombor pendaftaran khas ‘UTM’ bermula hari ini.

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Objektif pelaksanaan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) masih belum tercapai sepenuhnya meskipun daripada segi pengurusan projek, ia telah diurus dengan cekap, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2.

PUTRAJAYA, 2 Dis -- Strategi yang digariskan kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta usaha untuk menambah pendapatan akan membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.