Oleh Farah Nadhira Zairi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Muncul di Bandar Sri Sendayan buat kali pertama, tiga kumpulan legenda rock tanah air memeriahkan Konsert Raya di bawah bumbung jenama Matrix Aidilfitri Festival di d´Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.
Oleh Nazirah Ripin

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Seramai 150 penggiat seni diraikan dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa agar isu royalti persembahan awam artis yang menjadi masalah sekian lama dalam industri muzik tempatan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Oleh Farah Nadhira Zairi

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Hanya tinggal beberapa hari lagi peminat akan dapat menyaksikan konsert ulung Padi Reborn Exclusive Live In KL Sabtu ini bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.
MARUDI, 25 Jun (Bernama) -- Jauh di pedalaman Sarawak - di Baram, muncul sebuah tarian terkenal dengan gerak lenggok yang penuh sopan dan lemah gemalai, zapin Johor.
Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA SELANGOR (Bernama) -- Ada sesuatu yang menarik di Bestari Jaya yang sebelum ini dikenali sebagai Batang Berjuntai dan ianya adalah berkat usaha gigih aktivis masyarakat, Kumaran Nagapa,40.

Beliau bukan sahaja memperkenalkan pendekatan pertanian mesra alam untuk penduduk Bestari Jaya tetapi juga mahu memperkasakan mereka dengan hasil tanaman yang mereka usahakan iaitu pokok Kelor.

Pokok yang berasal dari India ini yang lebih dikenali dengan nama Moringa, Merunggai, Rambungai atau Lemunggai ini sudah mula dikomersialkan untuk menjana pendapatan tambahan bagi penduduk berkenaan.

Mungkin ada yang tidak tahu pokok Moringa ini yang pernah diberi gelaran "Plant Of The Year" sempena hari Bumi 2008 adalah sumber makanan lengkap yang kaya dengan kandungan anti oksida yang sangat tinggi.

Bagi masyarakat kaum India terutama yang tinggal di kampung, pokok Kelor ini memang bukan asing bagi mereka. Biasanya, pokok ini ditanam untuk kegunaan seisi keluarga. Daunnya selain dibuat sayur goreng dan rebus boleh juga digunakan untuk perubatan herba terutama mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Oleh Mohammad Johari Yaakob

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Buat pertama kalinya, pihak Siti Khadijah Holding Sdn Bhd (SKHSB) tampil memberi keterangan rasmi di majlis berbuka puasa Siti Khadijah mengenai isu telekung tiruan buatan Vietnam yang menggunakan trademark (jenama) dan rekaan Siti Khadijah sewenang-wenangnya.