PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Festival Belia Putrajaya 2014 yang akan bermula dari 23 hingga 25 Mei ini akan lebih menumpukan kepada program berkualiti berbanding sasaran mengumpul lebih dua juta belia seperti sebelum ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
KEMAMAN, 23 April (Bernama) -- Sebanyak 10,000 pengunjung dijangka hadir ke Karnival Mesra Belia 1Malaysia Daerah Kemaman yang berlangsung di padang awam Bandar Cheneh Baru di Air Putih pada Jumaat dan Sabtu ini.
LABUAN, 20 April (Bernama) -- Malam Budaya India 2014, anjuran pelajar India Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) merupakan platform terbaik pelajar India menonjolkan kebudayaan mereka kepada masyarakat lain, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kalamanathan.
KUALA LUMPUR -- Kesedaran generasi muda terhadap potensi bidang keusahawanan semakin meningkat apabila bilangan mereka yang menceburi bidang itu bertambah setiap tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Daripada Salawaty Supardi CANNES (Perancis), 11 April (Bernama) -- Program televisyen terbesar dunia 'Marche International de Programmes de Television' (MIPTV) pada Jumaat menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah acara MIPTV itu tahun 2016.
KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkasakan golongan belia terutamanya yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.
PUTRAJAYA -- Menjelang Persidangan Komuniti Asean 2015, Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia: Gagasan Komuniti Asean, bertujuan memberi peluang belia menyuarakan idea serta maklum balas.