Oleh Wan Asmanizan Wan Ahmad Najib KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Konsep membuat persembahan secara sukarela yang dicanangkan bukanlah mudah untuk dilaksanakan tetapi Poetic Justice for Unity, Humanity telah berjaya menepis tanggapan negatif sesetengah pihak apabila berjaya membawa mesej kesedaran terhadap perpaduan dan kemanusiaan kepada masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama.
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca mengadunkan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai dan ia sebagai salah satu kaedah menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Stesen televisyen BERNAMA TV perlu menjadi saluran yang menawarkan sumber berita berbahasa Inggeris tahun depan bagi menghadapi era penyiaran digital menjelang 2017.
Oleh Kharizal Mat Khalid KUALA LUMPUR (Bernama) -- Baik para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat untuk mengabdikan memori tragedi pesawat MH370, yang masih hilang, dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, ke dalam hasil karya mereka untuk tontonan umum.
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Semua kutipan royalti bagi single Sujudku nyanyian Aidiel Ghaffar, Aris Ariwatan dan Badri Ibrahim akan dikumpul melalui Tabung Harapan Clixster sebelum disalurkan kepada badan kebajikan, kata pencipta lagu tersebut Othman Masri.
PETALING JAYA, 26 Sept (Bernama) -- Pemergian Allahyarham Datuk Jamil Sulong merupakan satu kehilangan besar dalam industri seni negara dan sukar dicari ganti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR, Sept 23 (Bernama) -- Kerjaya seniman selama 45 tahun seniman Datuk Ramli Sarip akan diraikan dengan konsert istimewa di Istana Budaya pada 17-19 Oktober 2014.