PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) -- Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong untuk sesi pengajian 2015/2016 peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di dalam serta luar negara akan dibuka mulai Isnin ini.
JOHOR BAHARU, 3 April (Bernama) -- Penyerang import baharu, Alhaji Kamara dari Sierra Leone akan menghidupkan kembali jentera serangan pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada saingan Liga Malaysia musim ini.
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima lebih 880,000 permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam secara dalam talian sepanjang dua bulan pertama tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam.
GEORGE TOWN, 3 April (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil langkah menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan memberi jaminan tiada kenaikan kos perkhidmatan dan yuran buat masa ini.
PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) -- Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya akan menjadi tuan rumah kejuaraan Time Ironman 70.3 Putrajaya buat kali kedua, Ahad ini.
ALOR SETAR, 3 April (Bernama) -- Dalam usaha memperkasa agenda pengantarabangsaan dan pengukuhan pelan transformasi Universiti Utara Malaysia (UUM), delegasi UUM diketuai Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak mengadakan lawatan ke lima universiti terkemuka di Thailand.
GEORGE TOWN, 3 April (Bernama) -- Larian maraton antarabangsa 'Asics Penang Bridge International Marathon 2015' akan berlangsung di jambatan Pulau Pinang pada 22 Nov ini.