Daripada Muin Abdul Majid NASSAU (The Bahamas), 22 Jun (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berkongsi pengalaman Malaysia dalam pembangunan pendidikan pada Persidangan ke-19 Menteri-menteri Pendidikan Komanwel (19CCEM) selain berusaha menarik lebih ramai pelajar dari negara-negara anggota untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dipilih sebagai penerima Anugerah Kualiti Pencapaian daripada European Society for Quality Research (ESQR) kerana kecemerlangannya dalam penambahbaikan pencapaian pengurusan berkualiti, penyelidikan dan pentadbiran di London.
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar ke timur Indonesia menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan sekumpulan perampas bersenjata yang menawan kapal itu, untuk melepaskan diri.
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.
Oleh Suriani Razali SERDANG 17 Jun (Bernama) - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Zen Cropscience Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama menghasilkan genetik baharu benih padi tahan penyakit.
PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Syarikat Malaysia yang baru bermula, CarBengkel, mencipta aplikasi yang membantu menjimatkan masa pemandu kenderaan mencari pusat servis bagi membaiki atau menyelenggara kenderaan mereka pada harga berpatutan.