SHAH ALAM, 7 Sept (Bernama) -- Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) telah dianjurkan pada 4 sehingga 6 September bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya.
KANGAR, 3 Sept (Bernama) -- Pementasan Teater Muzikal 'SELARA' (Seni Lakon dan Lagu Rakyat) oleh pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pemulihan, Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Perlis mampu mencungkil kreativiti pelajar dalam aspek penulisan skrip dan gubahan lirik lagu.
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berharap filem Bravo Lima akan dapat meningkatkan semangat patriotik dan mengukuhkan lagi perpaduan semua kaum di negara ini.
Oleh Salbiah Said KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Fass Production Sdn Bhd, syarikat produksi filem Malaysia, telah memperoleh hak eksklusif untuk mempromosi filem 'Lurking Woods', di Malaysia, Singapura dan Brunei. Syarikat tersebut yang diberi hak promosi, penajaan dan tayangan perdana di ketiga-tiga negara oleh Rodman Pictures Pty Ltd - syarikat perfileman yang dimiliki anak Pulau Pinang, Rod Manikam - kini sedang memperhebatkan promosi bagi filem tersebut di Malaysia. Filem yang berlanskapkan bumi Australia Barat dengan para pelakon sepenuhnya dari negara kangaroo ini, diarah oleh pengarah muda berbakat besar, Rizal Halim, 44, yang berasal dari Batu Gajah, Perak.
KUALA NERUS, 1 Sept (Bernama) -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi antara 10 universiti awam terbaik di Malaysia kini menjadi pilihan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pelajaran.
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Pelumba cub prix negara, Norizman Ismail menyifatkan kejayaan memenangi kategori Underbone 130cc pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM di Thailand, semalam sebagai hadiah bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 hari ini.
Oleh Noraini Ahmad GERIK, 31 Ogos (Bernama) -- Pelbagai cara dan aktiviti dilakukan oleh individu mahupun organisasi bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.