KUALA LUMPUR 21 Okt -- Perkenalan lima bulan lepas antara Aiman Manan seorang pembekal makanan tambahan semula jadi dengan seorang penghantar barangan bebas yang amat bertanggungjawab dan bersopan santun, Ganesh Mootthy telah memulakan satu perhubungan yang unik.

KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Dua buah sekolah rendah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila memenangi lima pingat termasuk pingat emas dalam pertandingan “The Maker Robot Festival” di Ulsan, Korea Selatan, semalam.

IPOH, 18 Okt -- Sambutan perayaan Deepavali peringkat negeri Perak tahun ini menampilkan kelainan apabila diadakan bukan sahaja di ibu negeri tetapi juga di pekan-pekan kecil bagi memberi peluang penduduk luar bandar turut merasai kemeriahan sambutan.

Laporan eksklusif oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 18 Okt -- Rangkaian restoran Malaysia, Marrybrown Sdn Bhd bersedia untuk menembusi pasaran Eropah menerusi pembukaan cawangannya di Stockholm, Sweden pada Disember ini.

KUCHING, 18 Okt -- Spartan Race 2019, acara larian berhalangan terbesar di dunia akan berlangsung buat kali pertamanya di Sarawak, bermula esok.

KUALA LUMPUR, 17 Okt  -- Filem animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan pada Anugerah Academy atau Oscars 2020 bagi kategori Filem Animasi Terbaik.

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama bakal berkongsi pengalaman hidupnya bersama para hadirin pada acara ‘An Evening with Michelle Obama’ yang akan berlangsung di Singapura pada 14 Dis depan.