KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2020 esok, waktu operasi rangkaian rel transit dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya bagi memenuhi keperluan orang ramai yang menghadiri sambutan itu.

KUALA NERUS, 28 Dis  -- Jika remaja seusianya baharu sahaja mendapat keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3),  seorang kanak-kanak pintar dari Terengganu telah pun menjalankan kajian kolaborasi dengan pasukan pelajar peringkat doktor falsafah (PhD), di sebuah universiti di Jerman.

TUARAN, 27 Dis -- Kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Sabah akan diberikan imunisasi polio secara oral dalam usaha mencegah penularan virus itu yang dikesan di negeri ini baru-baru ini.

TAIPING, 27 Dis -- Lukisan mural 'Amelia Mary Earhart' di sini dinobatkan sebagai lukisan mural tiga dimensi terbesar di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records (MBOR).

Oleh Nor Hayati Endan

KUALA LUMPUR, 27 Dis -- Tahun baharu 2020 bakal menyaksikan pelbagai tarikan pelancongan di negara ini terus giat dipromosi bagi mencapai sasaran kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan pendapatan sektor pelancongan RM100 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

KUALA LUMPUR, 26 Dis -- Selepas kali terakhir akhir fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas, rakyat negara ini hari ini berpeluang menyaksikan keajaiban alam yang unik dengan jelas, khususnya di dua tempat - di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Oleh Kamarul Irwan Alias dan Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

KUALA LUMPUR, 26 Dis -- Tahun 2019 mencatat perubahan besar dalam fasa kehidupan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, selepas sembilan hari dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI.