KOTA BHARU, 3 Jan -- Nama Nur Muhammad Izzat Osman mungkin asing kepada umum tetapi jika pernah menonton IsaacOsmanTV di You Tube sudah tentu ramai yang mengenalinya kerana menghasilkan videonya makan dalam kuantiti yang begitu banyak atau disebut sebagai "mukbang".

PEKAN, 4 Jan (Bernama) -- Kuning, merah jambu, putih dan hitam antara warna 'baharu' cendawan tiram, yang lazimnya ditemui berwarna kelabu. 

LANGKAWI, 3 Jan --- Lebih 2,000 batang pokok semalu air (water mimosa) dan kangkung telah ditanam di parit monsun Tasik Anak, Pantai Tengah di sini, yang akan berfungsi sebagai penapis semula jadi, supaya sisa air yang mengalir ke laut lebih bersih dan tidak berbau.

KUALA LUMPUR, 2 Jan -- Kehadiran individu menyarung kostum menyerupai karakter adiwira seperti Deadpool dan Captain America serta maskot kartun Disney mencuri tumpuan pada hari pertama sesi persekolahan di beberapa sekolah di negeri-negeri yang memulakan sesi persekolahan hari ini.

JAKARTA, 2 Jan -- Sebanyak 10 pelajar Malaysia kini ditempatkan di Dewan Malaysia Jakarta (Malaysia Hall) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir di Jakarta sejak semalam.

PUTRAJAYA, 1 Jan  -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti jalur spektrum 700MHz, 3.5GHz dan 26/28 Ghz sebagai spektrum perintis bagi pelaksanaan 5G di Malaysia, berikutan perkembangan ekosistem dan pelaksanaan 5G yang pesat di seluruh negara.

YAN, 30 Dis  -- Pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Jerai berpeluang mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma menerusi Program Gunting Rambut Percuma Parlimen Jerai yang diadakan hari ini dan esok.