KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Persatuan Karyawan Malaysia dan Yayasan Budi bakal menganjurkan satu majlis makan malam gilang-gemilang yang diberi nama "Malam Budi Bersama Bintang" pada 14 Januari, 8 malam di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
 

Oleh Erda Khursyiah Basir

 

JOHOR BAHRU (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) bakal memperkenalkan semula program latihan kemahiran kraf dengan pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di semua cawangannya di seluruh negara.

Ia bertujuan memberi ruang dan peluang kepada generasi muda yang ingin mengikuti pengajian di Institut Kraftangan Negara (IKN) tetapi tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Program itu, yang akan dikendalikan IKN, diharap menjadi platform untuk mengasah kemahiran kraf golongan berkenaan sekali gus merancakkan industri kraf negara, kata Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail. 

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

Kadar kes kematian akibat kanser di Malaysia adalah 61 peratus yang dianggap tinggi memandangkan negara ini mempunyai kemudahan kesihatan moden.

Bahagian 1 dari dua bahagian ini membincangkan isu di sebalik kadar kematian yang tinggi ini serta jalan penyelesaian yang dicadangkan pakar bagi mengatasi masalah ini.

 

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia adalah antara negara sedang membangun yang pesat berkembang dengan pelbagai kemudahan kesihatan moden termasuk mempunyai pusat kanser yang canggih.

Bagaimanapun apa yang menyedihkan ialah kadar kematian akibat kanser dianggap masih tinggi.

Kadar kematian akibat kanser iaitu 61 peratus mencetuskan anggapan bahawa rawatan kanser di negara ini tidak mendatangkan hasil yang baik, sebagaimana yang berlaku di Indonesia, Myanmar dan Vietnam.

Sekeping foto kandid memaparkan seorang lelaki tua duduk di atas rumput dengan sehelai Jalur Gemilang di atas ribanya, sambil berbual dengan seorang kanak-kanak lelaki yang di tangannya Jalur Gemilang bersaiz kecil, sambil kedua-duanya bermandikan sinaran mentari petang, membolehkan jurugambar bebas Mohd Irman Ismail meraih hadiah pertama Pertandingan Foto Merdeka  Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) 2018. 

Oleh Nur-ul Afida Kamaludin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hidup harmoni serta saling bantu membantu merupakan elemen yang sudah sebati dengan rakyat Malaysia.

Inilah amalan yang bukan sahaja dipraktikkan sewaktu menuntut kemerdekaan, bahkan diteruskan dari satu generasi ke generasi lain.

Sebenarnya, rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan saling bantu membantu.

Oleh Kharizal Mat Khalid

KUALA LUMPUR, 10 Dis ( Bernama) – Tangisan memilukan tatkala penyanyi muda Izzmad Harun, 23, mengalunkan single beliau ke-11 ‘Bisa Pertama’ menggambarkan dirinya yang berbangga dengan pencapaian yang diraih setelah berdepan dengan pelbagai tohmahan golongan yang hendak menjatuhkan namanya.

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) – Perpaduan kaum adalah keistimewaan dan keindahan Malaysia yang dikagumi masyarakat luar.

Hakikat ini terserlah dalam kisah yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Ia mengenai seorang wanita warga emas yang sarat menjinjing beg plastik besar di kedua-dua tangannya berjalan dengan langkah yang perlahan di tepi Jalan Tun Razak berhampiran sebuah stesen minyak.